Temui teman-teman baru di Machala
Machala menawarkan jauh lebih dari Expo Pisang Dunia. Ia adalah tempat di mana anda akan menemui alam semulajadi dekat sekali berbanding dengan bandar-bandar lain. Tarikan utama ialah Isla Jambelí, dengan pantai bersinar matahari yang dikelilingi oleh paya bakau; Isla del Amor, sebuah pulau ekologi yang sesuai sekali untuk burung-burung laut membuat sarang; Isla Santa Clara, satu kawasan lindungan burung laut di mana anda akan menemui 'blue-footed boobies', 'frigatebirds' dan 'pelicans' di antara yang lain dan ddi antara bulan Jun hingga Oktober, anda akan dapat melihat laluan ikan paus dan dolfin. Semua ini dan peluang untuk menikmati hidangan tradisional seperti “pescado frito” (ikan goreng), “sango de verde” (sango hijau), “camarones reventados” (udang tumbuk ) atau “conchas” (kulit kerang), menjadikan Machala bandar yang unik.
Nak mencari yang lain dengan minat yang sama? Badoolah tempatnya. Cipta profil anda secare percuma dan berhubunglah dengan beribu orang berdekatan anda dan jauh lagi. Jangan tunggu lagi - tingkatkan kehidupan sosial anda!